Udah banyak banget yang menkisahkan tentang asal usul batu yang konon dari surga ini, tapi gak ada salahnya buat kenang-kenangan posting lagi kisah menarik ini. masih dari sumber yang sama yaitu
kisah teladan. begini kisahnya...

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan
yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan
pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah
kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim
masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di
Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau
mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi
manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah
bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi
Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau
menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana
kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan
cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga
sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa
sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu
kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium
cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat
menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat
dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam
seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium
ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar
Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah
di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh
Allah
s.w.t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak
menyengutukan
Allah s.w.t., sebab tipu
daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar
bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu,
sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat
Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku
tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."