buat motivasi diri iseng ubek-ubek file lama.. eh nemu ini
dari pada ntar ada kenapa-kanapa sama pacar kesayangan *lepi maksudnya ada ide buat nyimpen di blog aja biar gampang nyarinya. cerita ini kuambil dari
kisah teladan. trims sudah share cerita inspiratif ini

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah
diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin
Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti
Fatimah az-Zahra, anak
Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau
orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak
amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal
soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan
seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa
kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan
membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud,
"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya
kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam
kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat
dekat dengan
Allah s.w.t.. Sebaliknya
kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang
berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut
amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan
yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita
menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil
takutlah kamu kepada
Allah s.w.t. dan
takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat
Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja,
aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan
dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya
sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca
al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.